
Pagi itu tepat jam 7 minit ke 32, deruan ombak memecah keheningan pagi, bunyi burung kelicap diselang seli dengan burung kasawari sangat merdu bak kentut berirama, daun-daun kering keguguran anak sulung, makcik zainab sibuk ber krruuukkk...krrruukkkk menyuap dedak perisa tomato kepada ayam serama jiranya..al-maklum la ayam moden mana makan pedas..
 |
ayam serama untuk dijual..berminat?
sila hubungi jiran makcik zenab |
Tiba-tiba perut aku rasa semacam, semacamnya bukan kepalang bak sepender dicarik-carik halus direndam didalam air limau kasturi..aku bergegas ke bilik air lantas membuka towel rabak aku..sebelum melepaskan hajat aku try bukak paip air terlebih dahulu manalah tahu bekalan air amek annual leave harini..nampak gayanya sangkaan aku tepat dan sangat padu..tak guna sungguh! menyesal aku try!
Aku memakai semula towel aku lalu berjalan terkepit-kepit menuju ke sungai belakang rumah..yelah, kalau aku berlari mau bersepah tercicir najis mu.....ok aku lupa najis aku ni najis jenis apa -___-..aku pandang kiri, aku pandang kanan..fuh!!~ line clear..aku mencabut semula towel aku lalu aku campakkan keatas tebing sungai..tak perlu aku ceritakan lagi selanjutnya...
Usai semuanya aku pulang kerumah semula sambil menyayi gembira lagaknya baru menang nisan fairlady dalam acara ABPBH kategori artis paling sasa tubuh badan..sampai dirumah aku terhidu sesuatu..sesuat yang sangat aneh, misteri juga mungkin..aku malas nak tegur sebab tok aku pesan dulu kalau bau pelik jangan tegur..aku cuba mengesan bau itu..nampak gayanya aku semakin menghampiri bau itu..
Tiba-tiba..kelekukk! kepala aku terhantuk di dinding..langkah aku disekat oleh dinding rumah aku..berdarah dah macam kena sunat kali ketiga..mujur pakcik kulup jiran belah kiri aku pandai menjahit..selesai pakcik kulup menjahit kepala aku yang luka aku menyambung semula langkah aku..nampak gayanya memang tak boleh sambung dah sebab dihalang dinding rumah aku, masakan aku nak pecahkan dinding rumah sendiri..mau kena penangan jurus itik serati dengan bapak aku..
Tika itu, baru aku sedar bau itu datangnya dari rumah jiran belah kanan aku, makcik zainab tadi..aku berjalan selamba kerumah makcik zainab.."assalamualaikum makcik zainab, bau apa ni sedap semacam ja?" sapa aku dengan nada lantang pukang.."waalaikumussalam ca'er, ni haa makcik tengah goreng karipap"..perghh rupa-rupanya makcik zainab tegah goreng karipap kegemaran aku..
Aku bertanya lagi.."karipap inti apa pulak makcik goreng?"..dengan selamba rokk dia balas "karipap takdak inti"..huhh?apakah muslihat makcik zainab ini???aku bertanya lagi kali ini dengan loghat pekat negeri Kedah Darul Aman.."makcik biaq betoi! awat goreng karipap takdak inti?tak besa dbuat oghang makcik jenab oih!"..sekali lagi dengan selamber makcik zenab balas dengan loghat pekat jugak "mampoih pi kat aku la hang dok kalot apa"..
aku berlalu pergi dengan muka pasrah..punah harapan aku nak makan karipap inti honeydew!sekian...
 |
| luar memang nampak enak..hakikatnya... |
Nota pelipat lutut :- Cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup, yang telah mati mahupun yang sedang hangat bercinta..nama-nama watak yang dimaikan sekiranya sama dengan nama sesiapa adalah kebetulan berlaka..cerita ini juga ditulis dengan spondan dengan tujuan untuk mengembalikan mood aku dalam dunia kesengalan..harapan aku agar makcik zainab bertaubat lalu menggoreng karipap inti soursop lalu menghantar ke rumah jiran sebelah kiri beliau..
-salahsilapharapmaaf-