Aku Sayang Depa Nih

Monday, 14 January 2013

Review Blog Penaja Hebat - Part 2

Penaja Hebat Hyper Contest | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat readers yang terhebat dikalangan yang terhebat. Harini lagi 2 orang penaja Hyper Contest - Ada Apa Dengan Mksyahir.Com? aku akan review..aku rasa readers blog ni dah kenal ngan depa ni kot..orangnya tak hensem apatah lagi kacak..bertubuh sasa?jauh sekali..bukan nak mengumpat, tapi kenyataan..nampak dak kejujuran aku kat situ?kehkeh

Acutually penaja yang aku nak review kali ni takdak langsung sifat di atas kerana depa ni anak dara ayu lagi manis [dengan harapan ada inbox masuk]..depa 2 orang ni aku kenal lama dah, dari kecik lagi..dulu time main kawen-kawen mesti bergaduh depa ni berebut aku..eh?ok aku harap depa tak tarik balik sponsor depa lepas ni :p


Penaja hebat pertama untuk hari ni tak lain tak bukan anak perempuan sulung aku Aima si Baby Comel. Memang comel orangnya bak kuih pau yang dikukus dalam tempoh masa yang tepat, gebu [tetiba]..ok kita pergi kepada blog beliau...

Actually apa yang aku tahu si Aima ni dah lama berblogging, lebih kurang 49 tahun aku teka. Tapi dia mula aktif ber blog sejak bulan april 2012 [ini memang tak salah lagi..aku dah cek arkib blog beliau]..bagi aku si Aima ni seorang blogger yang rajin..banyak benda yang dia ni rajin sebenarnya..rajin update entry, rajin blogwalking, rajin membaca blog orang, rajin komen blog lain dan rajin menaip [xde modal dah]..

Tapi kalau kat rumah, aku tak pasti lah beliau rajin ka tak..pernah juga aku cuba memasang CCTV di bilik beliau namun digagalkan oleh abah beliau, selamber je abah beliau angkat parang depan CCTV tu terus aku skype dengan abah beliau memohon kemaafan [teruk sangat dah imajinasi aku nih]

Dari segi penulisan memang tak dapat dinafikan terbaik dari pelbagai sudut..susunan ayat, penggunaan tatabahasa, kata ganti nama mahupun penanda wacana memang superb tak boleh di hanafikan [aku harap ada orang JPN baca lalu mengoffer aku jadi Cikgu BM bertauliah].

Template blog dia pon kemas dan tema warna pink memang sesuai dengan keayuan beliau. Widget-widget pon tak ramai macam blog aku. Al makteh lah blog aku SUBUR ada ja widget-widget baru yang terlahir hasil....[kalau aku sambung nanti ada yang cop blog aku ni blog luncas]..so aku rasa tu jelah pandangan daif dari aku..kita pergi ke next penaja pulak..


Penaja seterusnya ni agak terkenal dan dikenali jugak lah hendaknya [humagaih bahasa derjah dua]..nama dia mizruha dot com..eh silap tu nama blog dia, nama dia miz ruha ja..mula berblog sejak tahun 60-an lagi tapi betul-betul aktif pada tahun 2012..aku pon tak pasti kenapa tahun 2012 menjadi pilihan blogger-blogger untuk bergiat aktif..mungkin juga disebabkan kehadiran blog Apakah?..ehh?

beliau ni juga seorang yang rajin dari segala sudut, sudut tegak, sudut hati, sudut pandang mahupun siput sudut. Serius, pergi la kat mana-mana blog mesti ada komen dari beliau, mungkin juga takdak nama beliau..beliau ni jugak rajin meng update entri..hari-hari pasti ada entri menarik di update oleh beliau, kadang-kadang sampai 4-5 entri sehari..kalau sedekah dekat aku barang seketul dua ada baiknya juga..

Dari segi template blog memang tak dapat di hanafi kan..kemas dan tersusun rapi-serapi-rapinya [kata ganda berganda]. Beliau memiliki kelebihan luar biasa dimana beliau suka tukar templete dengan mencuba bermain dengan koding..sungguh berani bak melukut di tepi tangga sungguh beliau..syabas diucapkan..

Aku rasa setakat tu jelah review untuk kali ni..aku mintak maaf sangat-sangat kat para pari penaja sebab lambat review..tapi insyaAllah aku akan cuba habiskan semua sebelum pengumuman pemenang diumumkan [apadia yang aku cuba sampaikan ni? -__-']

Aku doakan hangpa berdua terus sukses dalam apa jua bidang diceburi mahupun dicumbui..akhir kata majulah blogging untuk negara!

-salahsilapharapmaaf-

13 comments:

Yan Ty said...

over betul la imaginasi ang syahir.. hehe

afifudinsohaini said...

mau terjah ini blog..

itu Akhil said...

gadis ayu jdi penaaja woww!!

miz ruha said...

hahaha.... kelebihan luar biasa..
melukut ditepi gantang... sengal betul... :p

NIA SI DRUMSTICK said...

nsb baek bapak dia angkat parang dlm cctv je..kalau depan muka??mau senget da pp skrg ni.ahaha..jejak blog dorang..:)

paripariputih said...

Sama ayu sama cantik sama pemurah eh..

boni kacak said...

lepas ni ko check inbox ko tu.. pasti ada yang masuk tu.hehehehe

Yana Sakura said...

wah! akk sulung ite msuk tv..eh! hehe..dia mmg comel pn..ngee..

peribahasa xmenahan ade je yg bru muncul.

> bak melukut di tepi tangga
>> bak kuih pau yang dikukus dalam tempoh masa yang tepat, gebu

hehe..nk msukkn dlm kamus peribahasa 2013 la..

baby comel said...

perghh comel giler budak berdua kt atas tu ye abah.. mintak cium pipi sket boleh? :p hehe, terima kasih abah...

obat herbal asam urat said...

sangat luar biasa

obat herbal jantung said...

terimakasih atas sharenya

Remy hazza said...

dua dua remy dah kenal.......

Anonymous said...

Heya i am for the first time here. I came аcross this board and I find
It truly useful & it helρed me out а lot.

I hoρe tο give something bаck and aіd others like you aided me.


My webpage payday loans

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Mentelaah Belog Hina Bina Saya
Sila Tinggalkan Komen Anda Pula =)